Monday, 11 June 2012

Roti Lebanon

Set roti Lebanon+salad kentang+daging+bawang goreng rangup
    Percubaan kedua buat roti Lebanon setelah gagal membakarnya dalam oven maka jadi keras lalu digoreng menjadi keropok dan telah selamat dimakan..hehe.

    Pada kali cuba membakarnya atas pan. Saya menjerit gembira setelah roti naik mengelembung di atas pan yang menandakan percubaan kali ini menjadi. Yahoooo..beda..bedu.

    Resepi roti Lebanon saya ambil di sini.

    Pastikan pan tanpa disapu apa betul-betul panas untuk membakarnya. Kiranya ganti dapur arang orang arab la sebab kita kat Mesia memang takde mende alah kat umah..huhu.

Salad kentang
     Saya jatuh cinta pada salad kentang ini bermula di Mesir. Boleh cedok salad free di sebuah restoran Pizza membuatkan saya teruja mencuba pelbagai jenis salad. Namun salad kentang yang sebelum itu saya tidak pernah rasa membuatkan saya jatuh cinta padanya. Walhal saya sememangnya penggemar kentang mewarisi arwah abah :)

Daging vege ( tah apa nak letak nama )

Bawang goreng rangup




    Bawang goreng ini juga adalah percubaan kali kedua. Resepinya main bantai-bantai ikut serba-sedikit di 706 punya siaran. Atenyer rangup jer nengok. Maka berkali-kali beli bawang besar putih baru 2 kali mencubanya.

   Percubaan pertama gaul bawang dengan susu cair lalu dicelup ke dalam tepung beras. Akibat kecairan susu cair makanya segala tepung itu lekang ketika menggorengnya.

   Percubaan kedua digaul dengan krim kerana lebih pekat lalu dicelup tepung beras. Masih belum sempurna macam Minah Salleh tu buat tetapi ok gak la dari mula-mula dulu.

   Bawang besar putih manis dan rangup. Maka walaupon kurang menjadi tetapi tetap sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...