Set roti Lebanon+salad kentang+daging+bawang goreng rangup |
Pada kali cuba membakarnya atas pan. Saya menjerit gembira setelah roti naik mengelembung di atas pan yang menandakan percubaan kali ini menjadi. Yahoooo..beda..bedu.
Resepi roti Lebanon saya ambil di sini.
Pastikan pan tanpa disapu apa betul-betul panas untuk membakarnya. Kiranya ganti dapur arang orang arab la sebab kita kat Mesia memang takde mende alah kat umah..huhu.
Salad kentang |
Daging vege ( tah apa nak letak nama ) |
Bawang goreng rangup |
Percubaan pertama gaul bawang dengan susu cair lalu dicelup ke dalam tepung beras. Akibat kecairan susu cair makanya segala tepung itu lekang ketika menggorengnya.
Percubaan kedua digaul dengan krim kerana lebih pekat lalu dicelup tepung beras. Masih belum sempurna macam Minah Salleh tu buat tetapi ok gak la dari mula-mula dulu.
Bawang besar putih manis dan rangup. Maka walaupon kurang menjadi tetapi tetap sedap.
No comments:
Post a Comment