Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Semuanya adalah atas dasar kurang rajin nak upload gambar dalam kamera masuk netbook dan seterusnya upload gambar ke dalam blog dari file. Jika malas ada sahaja alasan tercipta..hehe.
Namun sekarang saya sudah mempunyai i pad new yang memudahkan saya untuk mengambil gambar dan publishkannya segera di laman sosial dan blog. Wallah. Teruja. Walaupun i pad ini sudah lama dibeli dan terperam dalam beg lap top sekian lama. Almaklumlah, netbook pun masih elok dan modem broadband juga masih boleh digunakan walaupun adakala buat perangai.
Now, lupakan cerita malas dan i pad. Saya nak bercerita tentang sarapan pagi ini yang mak sediakan. Sebenarnya banyak kali dah mak buat cumanya penyakit malas itu yang membatalkan saya update cerita roti breakfast ini.
Semalam ke Tesco selatan mak telah beli roti serat untuk dijadikan sarapan pagi ini yang diletakkan inti lalu dibakar sepertimana yang selalu dimasak oleh chef-chef omputih di saluran Astro. Simple namun sedap dan berkhasiat.
Sediakan roti serat atau roti putih. Terbaiknya adalah roti buku yang masih belum dipotong. Balik rumah kita potong tebal daripada potongan roti yang sudah sedia dipotong. Lalu roti tersebut dibakar atas pan api kecil untuk tidak menghangitkannya tetapi rangup.
Layukan bawang besar dalam minyak zaitun bersama lada benggala dan sosej. Perasakan dengan garam, lada hitam serta perasa ayam.
Kemudian letakkan inti di atas roti lalu kepitkannya dengan sekeping lagi roti. Letak sekejap atas pan dan dipotong dua.
Siap dan sedia dimakan bersama minuman panas. Saya makan bersama susu kambing keluaran al-haadad yang dicampur sedikit koko kurma juga keluaran al-haadad.
* Selamat mencuba *
No comments:
Post a Comment