Sunday, 16 September 2012

Kek coklat Moist.

Kek ini mak buat petang tadi setelah Bang Teh sibuk nak makan kek coklat yang mak buat untuk Alang bawa balik ke KL raya hari tu. Selagi tak buat maka selagi itulah dia akan tanya. Macam budak kecil.

Minggu lepas mak buat Rainbow kek dan baru habis Jumaat baru ni setelah Kak Ngah bawa bekal. Di rumah ini pastinya kek atau biskut coklat yang lebih mendapat sambutan dan cepat habis berbanding kek dan biskut perisa lain. Mak pun telah akui akan kegilaan anak-anaknya ini dengan coklat..hehe.

Seperti yang saya janji dengan rakan-rakan fb nak share resipi maka di sini dengan penuh kerajinan, saya akan melembutkan jemari untuk rakan dan pembaca semua. Buat tau. Kalau jadi nanti upload dan tunjuklah dalam fb atau blog yer :)

Resipinya saya dapati dari majalah masakan kegemaran saya dan mak iaitu Sedap. Resepi ini dalam keluaran 37.

Bahannya:

100gm marjerin
100gm mentega tawar sejuk (kami guna mentega biasa jer)
1/4 sudu teh garam
250gm gula pasir
1/4 sudu teh pes badam (kami tak letak)
4 biji telur
75gm serbuk koko
350ml air sejuk
75gm serbuk badam (tak letak juga)
200gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan sapuan :
100gm sapuan coklat segera

Caranya:

1. Larutkan serbuk koko di dalam air air sejuk. Tapis dan ketepikan.
2. Pukul marjerin, mentega, garam dan gula halus sehingga lembut. Masukkan pes badam dan telur satu persatu berselang seli dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.
3. Masukkan serbuk badam. Kacau rata. Masukkan baki tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat sambil diayak perlahan.
4. Tuangkan dalam dua loyang bulat berdiameter 22cm tinggi 4cm (bantai jer loyang mana pun..hehe) yang disapu marjerin dan dialas kertas minyak.
5. Bakar selama 35 minit dengan api bawah suhu ketuhar 180•c sehingga masak (cucuk dengan lidi sehingga ke bawah kek untuk tentukan samada masak atau tak)
6. Ambil sekeping kek. Sapukan atasnya dengan sapuan coklat tidak rata. Tindihkan dengan kek lain. Sapukan bahagian atasnya dengan sapuan coklat tidak rata. Buah itu kami letak tanpa ada dalam resipi sebab kebetulan buah yang Kak Ngah beli tu masam sangat. Hmmm.

* Selamat mencuba *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...