Apam ini terhasil apabila Ofis K.Ngah ada potluck pada hari ini. Alang-alang buat maka lebihkanlah untuk makan petang malah sehingga ke pagi ini juga breakfast 2 biji apam ini. Cukup dan mengenyangkan sebelum menelan sebiji multivitamins + minerals.
Resipi ini adalah dari majalah terbaru Sedap bilangan 52 vol 5. Sememangnya majalah kegemaran ini tidak pernah mengecewakan setiap resipi yang diberi. Ikut sukatan dan buat seperti yang diajar, insyAllah pasti akan menjadi.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Mana nak tau boleh jadi hidangan petang pada petang ini.
Bahan :
100gm putih telur
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh emulsifier
125gm gula pasir
250gm tepung gandum
25gm serbuk koko
1/2 teh serbuk penaik
250gm air soda tawar
1/2 sudu teh pes coklat
30gm coklat urat
Cara membuatnya :
1. Lapisi kertas kalis minyak di dalam acuan apam kukus. Ketepikan.
2. Pukul putih telur, garam, dan emulsifier sehingga setengah kembang. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kembang dan kaku.
3. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik sambil diayak dan dipukul perlahan berselang-seli air soda tawar. Masukkan pes coklat dan coklat urai. Kacau rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Kukus selama 10 minit di atas api sederhana.
* Selamat mencuba *
Aku suka cari, masak dan makan
Thursday, 20 September 2012
Sunday, 16 September 2012
Kek coklat Moist.
Kek ini mak buat petang tadi setelah Bang Teh sibuk nak makan kek coklat yang mak buat untuk Alang bawa balik ke KL raya hari tu. Selagi tak buat maka selagi itulah dia akan tanya. Macam budak kecil.
Minggu lepas mak buat Rainbow kek dan baru habis Jumaat baru ni setelah Kak Ngah bawa bekal. Di rumah ini pastinya kek atau biskut coklat yang lebih mendapat sambutan dan cepat habis berbanding kek dan biskut perisa lain. Mak pun telah akui akan kegilaan anak-anaknya ini dengan coklat..hehe.
Seperti yang saya janji dengan rakan-rakan fb nak share resipi maka di sini dengan penuh kerajinan, saya akan melembutkan jemari untuk rakan dan pembaca semua. Buat tau. Kalau jadi nanti upload dan tunjuklah dalam fb atau blog yer :)
Resipinya saya dapati dari majalah masakan kegemaran saya dan mak iaitu Sedap. Resepi ini dalam keluaran 37.
Bahannya:
100gm marjerin
100gm mentega tawar sejuk (kami guna mentega biasa jer)
1/4 sudu teh garam
250gm gula pasir
1/4 sudu teh pes badam (kami tak letak)
4 biji telur
75gm serbuk koko
350ml air sejuk
75gm serbuk badam (tak letak juga)
200gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan sapuan :
100gm sapuan coklat segera
Caranya:
1. Larutkan serbuk koko di dalam air air sejuk. Tapis dan ketepikan.
2. Pukul marjerin, mentega, garam dan gula halus sehingga lembut. Masukkan pes badam dan telur satu persatu berselang seli dengan sebahagian tepung gandum sambil diayak dan dipukul rata.
3. Masukkan serbuk badam. Kacau rata. Masukkan baki tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat sambil diayak perlahan.
4. Tuangkan dalam dua loyang bulat berdiameter 22cm tinggi 4cm (bantai jer loyang mana pun..hehe) yang disapu marjerin dan dialas kertas minyak.
5. Bakar selama 35 minit dengan api bawah suhu ketuhar 180•c sehingga masak (cucuk dengan lidi sehingga ke bawah kek untuk tentukan samada masak atau tak)
6. Ambil sekeping kek. Sapukan atasnya dengan sapuan coklat tidak rata. Tindihkan dengan kek lain. Sapukan bahagian atasnya dengan sapuan coklat tidak rata. Buah itu kami letak tanpa ada dalam resipi sebab kebetulan buah yang Kak Ngah beli tu masam sangat. Hmmm.

Friday, 14 September 2012
Breakfast.
Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Semuanya adalah atas dasar kurang rajin nak upload gambar dalam kamera masuk netbook dan seterusnya upload gambar ke dalam blog dari file. Jika malas ada sahaja alasan tercipta..hehe.
Namun sekarang saya sudah mempunyai i pad new yang memudahkan saya untuk mengambil gambar dan publishkannya segera di laman sosial dan blog. Wallah. Teruja. Walaupun i pad ini sudah lama dibeli dan terperam dalam beg lap top sekian lama. Almaklumlah, netbook pun masih elok dan modem broadband juga masih boleh digunakan walaupun adakala buat perangai.
Now, lupakan cerita malas dan i pad. Saya nak bercerita tentang sarapan pagi ini yang mak sediakan. Sebenarnya banyak kali dah mak buat cumanya penyakit malas itu yang membatalkan saya update cerita roti breakfast ini.
Semalam ke Tesco selatan mak telah beli roti serat untuk dijadikan sarapan pagi ini yang diletakkan inti lalu dibakar sepertimana yang selalu dimasak oleh chef-chef omputih di saluran Astro. Simple namun sedap dan berkhasiat.
Sediakan roti serat atau roti putih. Terbaiknya adalah roti buku yang masih belum dipotong. Balik rumah kita potong tebal daripada potongan roti yang sudah sedia dipotong. Lalu roti tersebut dibakar atas pan api kecil untuk tidak menghangitkannya tetapi rangup.
Layukan bawang besar dalam minyak zaitun bersama lada benggala dan sosej. Perasakan dengan garam, lada hitam serta perasa ayam.
Kemudian letakkan inti di atas roti lalu kepitkannya dengan sekeping lagi roti. Letak sekejap atas pan dan dipotong dua.
Siap dan sedia dimakan bersama minuman panas. Saya makan bersama susu kambing keluaran al-haadad yang dicampur sedikit koko kurma juga keluaran al-haadad.

Thursday, 6 September 2012
Monday, 11 June 2012
Roti Lebanon
Set roti Lebanon+salad kentang+daging+bawang goreng rangup |
Pada kali cuba membakarnya atas pan. Saya menjerit gembira setelah roti naik mengelembung di atas pan yang menandakan percubaan kali ini menjadi. Yahoooo..beda..bedu.
Resepi roti Lebanon saya ambil di sini.
Pastikan pan tanpa disapu apa betul-betul panas untuk membakarnya. Kiranya ganti dapur arang orang arab la sebab kita kat Mesia memang takde mende alah kat umah..huhu.
Salad kentang |
Daging vege ( tah apa nak letak nama ) |
Bawang goreng rangup |
Percubaan pertama gaul bawang dengan susu cair lalu dicelup ke dalam tepung beras. Akibat kecairan susu cair makanya segala tepung itu lekang ketika menggorengnya.
Percubaan kedua digaul dengan krim kerana lebih pekat lalu dicelup tepung beras. Masih belum sempurna macam Minah Salleh tu buat tetapi ok gak la dari mula-mula dulu.
Bawang besar putih manis dan rangup. Maka walaupon kurang menjadi tetapi tetap sedap.
Thursday, 31 May 2012
Roti arab ala-ala M'Donalds
Roti arab diapik burger ayam ini adalah hasil keinginan mak melihat iklan terbaru M'Donalds. Haha. Kuat sungguh pengaruh iklan ni yerk sampaikan mampu menggetarkan nafsu bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa dan tua.
Balik joging petang tadi mak sedang adun roti arab ni. Walhal masa mula try dulu mak uli dengan tangan jerk. Uli guna mesin lebih mudah dan naik mak kata.
Resepi roti arab ni senang dan cepat jerk sebab tak perlu tunggu lama-lama untuk proses naik dan sebagainya. Ok kalo u olls nak cuba leh ke link sini .
Manakala untuk apitannya pula hanya perlukan burger ayam dibakar, salad, tomato, sos 1000 island serta sos cili. Letakkan semua tu di tengah, kepitkannya dan ngappp..
Ikutkan M'Donalds kepit 2 keping burger ayam tetapi saya tak sanggup nak ngabihkan 2 keping burger. Rotinya sahaja membuatkan saya kenyang sampai ke tengahari esok..hehe. Namun K.Ngah tak lunch pada hari ini telah mengabihkan dengan 2 keping burger..muahh ha ha..
*** Selamat mencuba roti arab M'Donalds ini ***
Wednesday, 30 May 2012
Spageti goreng Tom Yam
Semasa joging dah terfikir nak habiskan baki spageti yang telah direbus baru-baru ini. Dapat idea yang pernah dibuat iaitu goreng letak pes tom yam. Saya suka tom yam. Masam adunan dengan rasa spageti yang kenyal. Wallah !
Balik sahaja saya teruskan keluarkan bahan-bahan. Kiranya macam rancangan apa tah namanya ( pernah tengok sekali jer ) di channel Astro TLC. Masak dalam masa 5 minit sahaja. Haha.
Tumis bawang putih cencang bersama 3 biji lada api sampai naik bau. Masukkan daun lipau purut yang dibuang tulangnya. Masukkan satu sudu pes tom yam bersama sedikit air untuk tidak menghangitkan pan. Maklumlah masak dalam 5 minit sahaja maka idak ler perlukan api yang slow..hehe tapi tak ler kuat sangat yer coz nanti tak sempat nak potong bahan lagi, nak campak dan kacau lagi.
Masukkan garam dan serbuk perasa siap-siap dan spageti. Kacau sebati. Kemudian masukkan chic ball dan filamen. Kaup balik dan akhirnya perah limau nipis siap-siap dalam pan. Selalunya masuk falam pinggan baru perah tapi saya nak rasa limau tu sebati.
Siap dan letak dalam dua pinggan. Makan bersama mak sebab kami dua beranak memang tak makan nasi untuk dinner. Namun mak share gak dengan adik sebab tadi budak tu tak makan nasi lagi sebab nyibuk siapkan homework yang berlambak bagai.
Mudah dan ringkas. Hanya dalam masa 5 minit..hehe.
*** Selamat mencuba ***
Subscribe to:
Posts (Atom)