Thursday, 31 May 2012

Roti arab ala-ala M'Donalds


     Roti arab diapik burger ayam ini adalah hasil keinginan mak melihat iklan terbaru M'Donalds. Haha. Kuat sungguh pengaruh iklan ni yerk sampaikan mampu menggetarkan nafsu bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa dan tua.

    Balik joging petang tadi mak sedang adun roti arab ni. Walhal masa mula try dulu mak uli dengan tangan jerk. Uli guna mesin lebih mudah dan naik mak kata.

   Resepi roti arab ni senang dan cepat jerk sebab tak perlu tunggu lama-lama untuk proses naik dan sebagainya. Ok kalo u olls nak cuba leh ke link sini .

   Manakala untuk apitannya pula hanya perlukan burger ayam dibakar, salad, tomato, sos 1000 island serta sos cili. Letakkan semua tu di tengah, kepitkannya dan ngappp..

   Ikutkan M'Donalds kepit 2 keping burger ayam tetapi saya tak sanggup nak ngabihkan 2 keping burger. Rotinya sahaja membuatkan saya kenyang sampai ke tengahari esok..hehe. Namun K.Ngah tak lunch pada hari ini telah mengabihkan dengan 2 keping burger..muahh ha ha..

*** Selamat mencuba roti arab M'Donalds ini ***

Wednesday, 30 May 2012

Spageti goreng Tom Yam


     Semasa joging dah terfikir nak habiskan baki spageti yang telah direbus baru-baru ini. Dapat idea yang pernah dibuat iaitu goreng letak pes tom yam. Saya suka tom yam. Masam adunan dengan rasa spageti yang kenyal. Wallah !

    Balik sahaja saya teruskan keluarkan bahan-bahan. Kiranya macam rancangan apa tah namanya ( pernah tengok sekali jer ) di channel Astro TLC. Masak dalam masa 5 minit sahaja. Haha.

    Tumis bawang putih cencang bersama 3 biji lada api sampai naik bau. Masukkan daun lipau purut yang dibuang tulangnya. Masukkan satu sudu pes tom yam bersama sedikit air untuk tidak menghangitkan pan. Maklumlah masak dalam 5 minit sahaja maka idak ler perlukan api yang slow..hehe tapi tak ler kuat sangat yer coz nanti tak sempat nak potong bahan lagi, nak campak dan kacau lagi.

   Masukkan garam dan serbuk perasa siap-siap dan spageti. Kacau sebati. Kemudian masukkan chic ball dan filamen. Kaup balik dan akhirnya perah limau nipis siap-siap dalam pan. Selalunya masuk falam pinggan baru perah tapi saya nak rasa limau tu sebati.

    Siap dan letak dalam dua pinggan. Makan bersama mak sebab kami dua beranak memang tak makan nasi untuk dinner. Namun mak share gak dengan adik sebab tadi budak tu tak makan nasi lagi sebab nyibuk siapkan homework yang berlambak bagai.

    Mudah dan ringkas. Hanya dalam masa 5 minit..hehe.

*** Selamat mencuba ***


Sup pasta tomato


     Tiba-tiba semalam kelaparan semasa menonton Master Chef Selebriti. Bukan kerana masakan selebriti - selebriti tersebut namun baru sedar bahawa pada waktu petang hanya makan sepotong Kek Coklat Indugence yang mak buat. Mana tahan beb malam doh ler tak makan :)

    Maka keluarkan pasta, rebus bersama mix vege. Angkat dan tos. Tumis cencangan garlic 2 ulas. Masukkan cencangan sebiji tomato, sehelai daun bay bersama sos tomato, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula untuk menyeimbangi masam tomato.

    Last but not least masukkan chic ball bersama filamen. Akhirnya masukkan pasta bersama mix vege tadi. Rasakan. Sendukkan ke dalam dua mangkuk. Satu untuk saya dan satu untuk mak sebab yang lain-lain telah dan sedang makan nasi. Cukuplah kenyang sekadarnya pada waktu malam tahan tak sampai 4 jam untuk tidur. Sebaik-baiknya makanan malam perlukan 4 jam untuk dihadam menjadi tenaga dsbnya. Jika kurang dari itu maka makanan akan bertukar menjadi lemak kerana tidur tidak memerlukan pergerakan yang banyak.

    Telah beberapa kali saya sediakan sup pasta tomato ini. Selain dimakan begitu sahaja, saya juga suka makan dengan garlic bread yang juga saya sediakan sendiri dengan sapuan mentega, garlic dan daun oregano lalu dibakar.

    Jika hendak dicecah garlic bread saya lebih suka tumiskan bawang besar didadu kerana saya suka rasa manis bawang besar bersama roti ranggup tersebut.

    Simple tapi sedap. Anggaran masa menyediakannya lebih kurang menyediakan maggi yang ditumis.

*** Selamat mencuba ***

Monday, 28 May 2012

Steamboat homemade

Cendawan pon sodap
    Setelah berbulan-bulan B.Teh menyanyi nak makan steamboat maka terlaksana sudah akhirnya. 60 henngit dia beli semua benda alah atas tu. Sampai loni masih ada baki dalam frozen. Untung beli dan masak sendiri ni.


    Ini yang paling sedap. Orang rumah ini memang suka makanan berasaskan soya sejak dari dulu.

Kangkung tak leh tinggal
    Mak tambah sayur-sayuran ini sebab mak memang suka makan sayur. Sumbat sayur saja mak kata dah kenyang perut :)

Campur kedua-dua sos ini lagi sedap
    Sos ni plak hasil saya kerodek Mr Google dan terjumpa ler dua sos yang B.Teh demand. Sos hitam dan sos merah. Saya pon tak ingat resepi mana satu saya guna untuk sos sebab agak lama tersimpan cerita ini..hehe. Btw lebih kurang sama jerk sosnya cumanya ade yg tambah dan kurang satu dua bahan.

    So untuk sos u olls leh ler pilih yang mana bekenan di hati yer untuk dicuba

Pilihan 1
Pilihan 2

    Di link resepi sup di bawah pon ade satu lagik sos yang lebih kurang sama.

Celur dalam periuk nasi letrik jer yer
   Sup pun hasil kerodek Mr Google gak. Jumpa pelbagai sup. Jika ikutkan saya dan K.Ngah kami lebih suka Tom yam tapi mak aihh ada gak manusia tak suka Tom Yam..huhu. Sekali-sekala kena la ikut dia. Dah dia yang beli semua ataih tu..hehe.

    U olls tengok ler sinun yer untuk supnyer. Saya buat sup A sebab takut mamat tu tak pandai makan lak sup B yang letak soya dan seaweed. Nama pon Korean style kan ???

*** Selamat mencuba ***

Popiah seaweed chips


    Saya suka popia. Saya juga suka seaweed. Gabungan popia dan seaweed lagi ler saya bertambah suka. Sedap, rangup dan kenyang tetapi agak berminyak sedikit. No hal sekali-sekala makan maa :) Lepas tu pulun joging 5 round atau skipping 700 kali..huhu.

    Resepi ni saya jumpa dalam My Resepi di waktu mood nak buka laman resepi. So kalo u olls nak try leh ler ke sini  untuk resepi dan cara buatnya yang teramatlah mudahnya :)

*** Selamat mencuba ***

Steamboat goreng


   Menu ini adalah lebihan fish ball, fish cake yang pelbagai masa buat steamboat beberapa minggu lalu. B.Teh ler yang beria beli semua sampai RM60 sebab nak makan steamboat.

   Maka saya kerodek Mr Google cari segala bagai sos. Alhamdulillah jadi. Nanti saya akan update cerita steamboat tu. Nak kena cari album makanan lama..hehe


   Segala fish dan cake seafood ini mak hanya goreng dan letak atas tisu untuk serap minyaknya. Memang kering cam tak goreng jer. Maka saya namakan steamboat goreng. Belasah jer la yer nama apa pon..hehe


     Sos ni plak mak adun sendiri. Main campak-campak lalu jadi. Sedap. Kenyang petang tu makan ni saja.

Resepi sos :

Cili hidup
Cili mesin
Belacan
Sos tiram
Sos ikan
Cili sos
Tepung jagung
Gula merah
Kicap
Bijan ( sangai untuk wangi )

Caranya adalah rebus semua sampai cili masak dan pekat ikut suka hati.

*** Selamat mencuba ***

Sunday, 27 May 2012

Spageti Olio mudah


    Tiap-tiap hari spageti. Takpe la janji ada makanan. Halal lagi :) Ini adalah menu simple time kenduri-kendara yang mana tengahari memang gantung periuk belanga. Sebelah petangnya iaitu merangkap makan malamnya meja kosong..hehe.

   Spageti lebih yang telah direbus kelmarin masih ada dalam peti ais. Saya beli lagi sepeket dan tambah lagi suku untuk menu makan malam waktu petang kami sekeluarga. Tersilap beli spageti Angel Hair. Lantaklah yer asalkan sama rope.

   Ala-ala spageti olio yang dimodified pastinya. Ini K.Ngah punya permintaan kelmarin apabila melihat lebihan spageti breakfast. Permintaan yang simple dan mudah memang ler K.Long boleh laksanakan yer manakala yang renyah tu berbulan ler jawabnya..hehe.

Bahan-bahan :

Spageti ( rebus dalam air mendidih yang diletak garam dan minyak - toskan jangan di curah air )
Bawang besar ( dadu )
Bawang putih ( dadu )
Lada benggala ( potong panjang )
Asparagus ( kebetulan murah kat Tesco )
Ayam ( dadu dan perap sekejap dengan garam dan lada putih- goreng ala-ala grill dengan minyak sedikit dahulu dan angkat )
Tomato ( dadu )
Daun bay sehelai
Garam
Serbuk perasa Hilal

Caranya :

Tumis layu bawang besar. Masukkan bawang putih, daun bay, asparagus, lada benggala, garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan spageti. Gaul rata. Masukkan tomato dadu dan ayam grill. Siap dan hidang panas.

   Kebetulan petang ini kami makan dengan susu mangga beli kelmarin. Sedap. Untuk sayur-sayuran pelengkap gizi seimbang dalam hidangan ini u olls boleh ler tukar ikut suka hati dan ikut apa yang ada dalam peti ais yer.

*** Selamat mencuba. Mak kata, " Masak ini mudah sebab bukan ia buat kita tapi kita buatnya. " ***

Spagetti goreng bolognese simple


    Ini kelmarin punya breakfast. Makan berdua dengan mak setelah adik ada aktiviti di sekolah dan K.Ngah pula telah bakar sosej, hashbrowns bersama roti sebagai breakfastnya.

    Roti hanya tinggal 3 keping untuk K.Ngah maka tidak ada apa untuk dijamah untuk breakfast. Oat dan susu ada namun hari cuti saya selalu skip dari makanan rutin breakfast itu..yuhuuuuu. Sekali-sekala maa.

   Kerodek punya kerodek saya terjumpa spagetti yang saya beli 2 bulan lepas. Maka direbus dan digoreng simple sebegini. Wallahh..simple tapi sedap dan kenyang.

   Untuk pengetahuan u olls saya adalah penggemar spagetti dan pasta. Sebabnya adalah ia mudah disediakan, boleh dipelbagaikan, sedap, cepat kenyang dan lambat lapar jika dimakan. Selain itu ia lebih baik dari nasi kerana kurang kanji terutama yang serat dan organik. Fuhh !!! terbaik untuk yang menjaga kesihatan dan menjaga badan seperti saya :)

   Ok untuk resepi modified ini teramatlah mudah untuk menyediakannya. Orang yang tak berapa rajin memasak boleh memasaknya kerana tak perlu berlama-lama di dapur. Ini kerana saya juga kurang suka berlama-lama di dapur sebab itu surrender untuk menyediakan masakan tradisional melayu. Maaf ceq noh wahai ibu-ibu dan bapak-bapak seMalaya..huhu

Bahan-bahan :

Spagetti ( rebus dalam air mendidih yang diletak garam dan minyak zaitun - time ni letak minyak jagung jer )
Bawang besar sebiji
Daun bay sehelai ( ada jual di Tesco - sepeket setahun boleh guna jika rajin masak )
Tomato sebiji ( dadu )
Tomato sos
Oregano ( juga ada di Tesco - boleh guna 2 tahun jika jarang masak..hehe )
Sosej ( ikut suka - rembat satu sosej K.Ngah..hehe )
Garam.
Serbuk perasa Hilal
Sedikit lada serbuk

Caranya :

Tumis bawang besar dalam minyak zaitun ( saya guna minyak jagung ). Masukkan daun bay. Masukkan tomato dadu. Kacau sampai layu. Masukkan tomato sos ( sepatutnya tomato puri tapi nama pon saya modified ikut apa yang ada di dapur..ahaks ). Masukkan garam, serbuk lada serta serbuk perasa. Lastly masukkan spagetti serta sedikit oregano. Kacau sebati. Angkat dan hidang panas.

   Cukup la tahan perut sampai makan kenduri jiran jam 2 petang kelmarin. Syukur atas rezeki Allah Taala.

*** Selamat mencuba. Tidak ada alasan tak nak masak kerana masak ni bukanlah susah mana :) ***

Friday, 25 May 2012

Tortilla

Inti daging burger dipanaskan
     Tortilla yang mak buat pada petang sebelum masih belum dijamah. Lalu mak sediakan inti daripada kepalan lebihan dari burger yang mak buat juga pada beberapa minggu lepas. Saya ambil kesempatan jadikan bekalan. Save budget..hehe.

     Intinya : Tumis cencangan bawang putih dan bawang besar ( lagi banyak lagi manis ), tomato puri, daun oregano, cencangan tomato biji dan daging burger air tangan mak. Tak masukkan garam sebab daging burger tu dah rasa garamnya.

Tortilla makanan Amerika Selatan
     Resepi tortilla saya ambil dari sini. U olls ble ler try juga yer. Senang dan mudah. Gambar ala-ala blur skit sebab menunjukkan paginya di waktu orang masih tidur, saya siapkan bekal..hehe.

Tomato segar
   Seperti biasa, hirisan tomato saya pasti tak lepaskan. Sebiji tomato sehari akan melicinkan kulit muka. Ahaks. Bukan sekadar itu. Namun untuk mencukupkan nutrisi dalam bekal :)

Tortilla siap

    Taraaaaaaaaa..Sudah siap bekalan saya. Nyum..nyum..sedap.

*** Selamat mencuba. Bawalah bekal agar dapat mengatur diet pemakanan yang seimbang ***

Friday, 11 May 2012

Pizza kraker

Dinner makan waktu petang
     Dinner pada petang ini adalah pizza kraker bersama salad. Dalam peti sejuk ada lebihan daging cencang buat pasta bakar untuk sepupu pada minggu lepas. Maka untuk menghabiskannya terfikir nak buat resepi yang terliur sejak waktu kecil dahulu. Resepi yang terdapat dalam majalah masakan mak itu memang mengamit nafsu untuk mencuba. Dewasa ini baru berkesempatan untuk mencubanya..ngee..ngee.

     Jujurnya jika melancong saya suka derhaka pada GPS. Waktu memasak pula saya derhaka pada resepi..hehe. Jadi resepi ini bukanlah 100% dari buku resepi tersebut kerana saya mengubahsuainya lebih kurang dengan pasta bakar.

     Lada putih saya tukar dengan lada hitam. 6 biji telur saya kurangkan dengan 3 biji telur untuk kurangkan kolesterol. Saya tambah vege mix untuk sempurnakan gizi dalam hidangan ini serta saya tambahkan daun bay dengan oregano. Jadinya pizza kraker ini 90% sudah jadi pizza omputih.cumanya tak letak cheese jer..eheh.

Topping
Bahan untuk topping :

Daging cencang satu ketul
 ( saya guna jenama Ramly. Packing baru yang mudah guna. Terdapat 2 ketul di dalamnya )
Vege mix
2 biji bawang besar
Tomato puri
Daun bay ( takde pon takper )
Serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa ( saya guna hilal )

Caranya :

Tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan daun bay. Masukkan daging cencang. Masukkan tomato puri. Kemudian vege mix, garam, serbuk lada hitam serta serbuk perasa. Kacau sebentar dan angkat.

Krim kraker ( sebarang jenama )
Bahan kulit ( ke nak sebut apa ek ??? ) :

32 keping biskut krim kraker
4 sudu kecil susu tepung dibancuh dengan 2 cawan air panas
 ( saya guna susu fresh 1 cawan + 1 cawan air panas )

Caranya :

Patah-patahkan biskut ke dalam susu ( saya masukkan sekeping-sekeping kerana biskut cepat lembik )

Siramkan telur + taburkan oregano
Cara melapis :

Masukkan biskut ke dalam loyang. Kemudian lapiskan dengan topping. Ulang lapisan sehingga biskut dan topping habis. Last sekali siram dengan 3 biji telur yang telah dipukul. Taburkan oregano. Bakar dalam oven selama 30 minit @ sehingga masak ( saya suka jika garing sedikit )

*** Selamat mencuba ***

Thursday, 10 May 2012

Roti pita dan ayam bakar

2 keping roti pita dibelah dua + ayam bakar + sebiji tomato + sos cili
      Ini adalah lebihan roti pita petang kelmarin. Bekal saya pada hari ini. Cuma menukar dari daging lembu goreng ke ayam bakar lebihan menu kelmarin juga. Ditambah hirisan tomato serta sos cili.

     Jika untuk membeli-belah kita gunakan 'alah membeli menang memakai.' Maka untuk masakan pula saya mahu gunakan 'alah memasak menang memakannya'..hehe. Agak-agak boleh tak digunakan ???

     Dapat menjimatkan kos. Pertama kos membuat roti pita yang murah dan dapat makan sehingga masuk hari kedua berbanding kos membeli roti pita yang sedia dijual di pasaran yang akan habis pada hari itu juga. Kedua, kos membeli makanan di kantin yang semakin tinggi harganya. Sedangkan kuantiti semakin berkurangan. Jujurnya perut saya minta kembali diisi sebelum balik apabila makan mee di kantin yang kini sudah berharga RM2.50 dengan hanya tiga sudu besar sahaja meenya. Sedangkan dengan hanya menu 2 keping roti bekal saya dapat bertahan adakalanya sehingga ke petang.

     Selain itu, saya juga dapat kawal dari segi lemak, manis dan masinnya apabila menyediakan menu sendiri.

     Bekal hari ini mengingatkan saya pada roti i'sh bersama firoh masywi ( ayam bakar ) dengan salatoh (salad tomato + gergil ) di Mesir dulu.

     Sekali lagi nostalgia menyapa.

Wednesday, 9 May 2012

Manisan buah lai


    Selalunya resepi ini menggunakan buah pear namun mak menukarkannya dengan buah lai. Dek kerana masih ada 3 biji buah lai yang besar-besar dalam peti sejuk yang dibawa M.Njang pada hari dia berkunjung untuk membuatkan kek span coklat pada dua bulan lepas.

    Sebiji lai dikupas dan dimakan sekeluarga hanya dapat dihabiskan pada hari kedua. Bayangkan betapa besarnya buah itu..hehe.tetapi sangat manis dan berjus. Sedap.

    Maka atas kekreatifan mak yang selalu modified apa sahaja bahan-bahan yang terdapat dalam peti sejuk maka jadilah resepi mudah ini. Ditambah sekarang mak penonton setia Astro 703, 706 dan 707 yang menayangkan rancanga-rancangan masakan dari pelbagai negara terutama masakan barat maka jadilah omputih ler kami..ahaks.

    Resepi ini hasil dari terliur melihat pear yang disediakan oleh Anna Olson dalam rancangan 'Sugar' pada di siaran 703 pada jam 4 petang.

    Bahan-bahannya mudah ringkas dan sedikit sahaja iaitu :

Buah pear @ lai
Gula putih @ gula perang
Serbuk kulit kayu manis
Kulit kayu manis
Kismis hitam ( ini saya punya idea yang memandai jer sebab kismis ini sudah lama dalam peti sejuk..yuhoo)
Sedikit air

    Caranya pun mudah dan ringkas hatta sesibuk manusia pun boleh buat iaitu :

Kupas kulit pear @ lai. Potong buah-buah tersebut kepada dua @ 4 bahagian. Pastinya dibasuh dulu yer. Ikutkan Anna Olson memang la dia tak basuh..hmm..

Masak gula putih @ gula perang bersama sedikit air, serbuk kulit kayu manis dan kayu manis ( semua sukatan dan bahan-bahan ikut suka korang ler yer tapi kalo serbuk kulit kayu manis saya tak suka banyak sebab rasanya agak pedar ). Rumah kami guna gula perang sebab kurang manis ( ini pun K.Ngah masih kata manis..aduyai )

Masukkan buah-buah tadi bersama kismis hitam. Renehkan sampai buah-buah tersebut lembut. Ini pun ikut korang kalo nak lembut @ separa lembut. Ikutkan saya sukakan sedikit keras sebab makan boleh bunyi. Ala-ala mencabar sikit apabila hendak gigit..hehe

Apabila sejuk hidangkan begitu sahaja @ bersama aiskrim vanila. Kebetulan aiskrim vanila sudah lama membeku dalam peti. Sedap tapi saya dan adik balun ketika masih panas..hlooopp..

*** Selamat mencuba ****

Roti pita + daging + salad


      Ini adalah dinner kami pada hari ini. Roti pita kepit dengan daging goreng bersama dengan salad. Yummy. Sedap sangat. Resepi roti pita ini saya google atas arahan mak untuk mencuba resepi roti pita ini pula selepas mencuba roti lebanon dan tortilla.


     Ini adalah roti pita kelmarin yang mak cuba. Agak nipis kerana agak besar dari roti pita sebenar. Setelah mak tanya pendapat saya dan adik yang biasa makan roti pita ini maka hasilnya seperti roti pita di bawah.


     Lebih kecil dan sedikit tebal. Menepati ciri-ciri roti pita sebenar..hehe. Pada mulanya adunan roti yang dicanai tidak kembung kerana dibakar atas pan. Saya tidak berapa pasti samada lupa menyalin sehingga habis ( maklumlah saya bukan rajin sangat menyalin dalam buku. Kalo copy paste dalam word rajin ler..hehe) ataupun tidak dinyatakan cara pembakarannya. Selepas itu ubah ke dalam oven dan hasilnya. Trang..tang..tang..menjadi akhirnya.

     Oleh sebab saya lupa bookmark link blog tersebut maka dengan kudrat jari yang agak rajin menaip resepi maka inilah resepinya :

Bahan-bahan :

200g tepung roti
50g   tepung gandun
150g air
5g     gula
5g     garam
15g   minyak masak
2.5g @ 1 camca teh yis segera

Caranya :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli dan keluarkan angin dan rehatkan selama 30 minit. Bahagi kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit. Canai dan bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 200c @ apabila kembung maka angkat.


     Ini adalah daging yang mak buat sebagai inti roti pita. Sedap. Tebal dan berperisa. Namun boleh ditukar dengan apa-apa sahaja intinya. Saya rasa nostalgia sikit sebab ala-ala roti is'h bil bid ketika di Mesir dulu..hehe. Di bawah saya sertakan resepinya.

Bahannya :

Daging cincang
Bawang besar ( cincang )
Lobak merah ( cincang )
Seleri ( cincang )
Lada hitam
Garam

Caranya :

Campurkan dan gaul rata. Kepal-kepal dan nipiskan seperti daging burger. Boleh dibakar atas pan atau digoreng dengan minyak sedikit. Jika hendak bakar maka celup dengan telur dan gaulkan dengan serbuk roti.


     Salad ini sedap sangat. Mak makan daging hanya separuh sebab kenyang ratah salad. Kata mak,

"Tak perlu dah beli salad Pizza Hut sebab rasa dah sama dengan Pizza Hut punya." hehe.

Bahannya :

Salad kobis
Kobis
Lobak merah
Timun jepun
Capsicum hijau
Bawang besar
Lada hitam
Garam
Sos tomato
Sos cili
Mayonis
Mustard

Caranya :

Potong semua sayur dan masukkan semua bahan lain lalu gaul rata. Siap.

      Boleh tukar sayur di atas dengan sayur lain @ buat salad ikut suka yang korang senang. Pentingnya dinner malam ini cukup gizinya.

Roti - kabohidrat
Daging - protein
Sayur-sayuran - vitamin dan mineral
Mayonis - lemak

*** Selamat mencuba ***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...