Wednesday, 9 May 2012

Roti pita + daging + salad


      Ini adalah dinner kami pada hari ini. Roti pita kepit dengan daging goreng bersama dengan salad. Yummy. Sedap sangat. Resepi roti pita ini saya google atas arahan mak untuk mencuba resepi roti pita ini pula selepas mencuba roti lebanon dan tortilla.


     Ini adalah roti pita kelmarin yang mak cuba. Agak nipis kerana agak besar dari roti pita sebenar. Setelah mak tanya pendapat saya dan adik yang biasa makan roti pita ini maka hasilnya seperti roti pita di bawah.


     Lebih kecil dan sedikit tebal. Menepati ciri-ciri roti pita sebenar..hehe. Pada mulanya adunan roti yang dicanai tidak kembung kerana dibakar atas pan. Saya tidak berapa pasti samada lupa menyalin sehingga habis ( maklumlah saya bukan rajin sangat menyalin dalam buku. Kalo copy paste dalam word rajin ler..hehe) ataupun tidak dinyatakan cara pembakarannya. Selepas itu ubah ke dalam oven dan hasilnya. Trang..tang..tang..menjadi akhirnya.

     Oleh sebab saya lupa bookmark link blog tersebut maka dengan kudrat jari yang agak rajin menaip resepi maka inilah resepinya :

Bahan-bahan :

200g tepung roti
50g   tepung gandun
150g air
5g     gula
5g     garam
15g   minyak masak
2.5g @ 1 camca teh yis segera

Caranya :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli dan keluarkan angin dan rehatkan selama 30 minit. Bahagi kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit. Canai dan bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 200c @ apabila kembung maka angkat.


     Ini adalah daging yang mak buat sebagai inti roti pita. Sedap. Tebal dan berperisa. Namun boleh ditukar dengan apa-apa sahaja intinya. Saya rasa nostalgia sikit sebab ala-ala roti is'h bil bid ketika di Mesir dulu..hehe. Di bawah saya sertakan resepinya.

Bahannya :

Daging cincang
Bawang besar ( cincang )
Lobak merah ( cincang )
Seleri ( cincang )
Lada hitam
Garam

Caranya :

Campurkan dan gaul rata. Kepal-kepal dan nipiskan seperti daging burger. Boleh dibakar atas pan atau digoreng dengan minyak sedikit. Jika hendak bakar maka celup dengan telur dan gaulkan dengan serbuk roti.


     Salad ini sedap sangat. Mak makan daging hanya separuh sebab kenyang ratah salad. Kata mak,

"Tak perlu dah beli salad Pizza Hut sebab rasa dah sama dengan Pizza Hut punya." hehe.

Bahannya :

Salad kobis
Kobis
Lobak merah
Timun jepun
Capsicum hijau
Bawang besar
Lada hitam
Garam
Sos tomato
Sos cili
Mayonis
Mustard

Caranya :

Potong semua sayur dan masukkan semua bahan lain lalu gaul rata. Siap.

      Boleh tukar sayur di atas dengan sayur lain @ buat salad ikut suka yang korang senang. Pentingnya dinner malam ini cukup gizinya.

Roti - kabohidrat
Daging - protein
Sayur-sayuran - vitamin dan mineral
Mayonis - lemak

*** Selamat mencuba ***

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...